Terbaru dari Kes video lucah Ariel dan Luna Maya, baru-baru ini di TV One diminta untuk meminta maaf.Tak berapa faham apa sebab musabab dan kenapa jadi haodha pada kanak-kanak.Macam takde kaitanje.Tapi itu la yang dituntut oleh Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) daripada Ariel dan pasangannya Luna.Berikut potongan berita dari Mstar.
Ariel diminta oleh Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) untuk meminta maaf sebagai “hadiah” kepada kanak-kanak Indonesia sempehna sambutan Hari Anak.
Bagaimanapun, sehingga Hari Anak berlangsung, Ariel tidak memohon maaf dan ini menyebabkan KPAI berasa kecewa.
“Sejujurnya kami kecewa, tapi itu hak Ariel. Tapi kami yakin cepat atau lambat, Ariel akan memohon maaf juga,” kata Ketua KPAI Hadi Supeno kepada detikhot, Jumaat lalu.
Bagi Hadi, permintaan maaf adalah penyelesaian terbaik.
Dengan permintaan maaf itu, katanya, anak-anak yang mengidolakan Ariel mengetahui idolanya bersalah dan tidak perlu ditiru.
“Kalau tidak, masyarakat akan melakukan sesuatu, sama ada memboikotnya atau menghukumnya melalui undang-undang sosial,” tambahnya.
Ariel masih ditahan polis setakat ini dan akan menghadapi perbicaraan kes video lucah membabitkannya dengan beberapa artis tidak lama lagi.
Sementara itu, Ariel bersama peguam belanya telah mempersiapkan strategi untuk menghadapi perbicaraan.
OC Kaligis yang mewakili Ariel mengaku pihaknya akan memiliki persiapan khusus menjelang perbicaraan tersebut.
“Kita ada strategi tersendiri,” ujarnya. Sementara itu, OC berkata Ariel tidak sabar untuk menghadapi perbicaraan.
Alasannya, katanya, kekasih Luna Maya ingin dia segera dibebaskan dari tahanan.








