Kes Kehilangan Sosilawati

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Sabtu Osman berkata masih belum ada perkembangan terbaru mengenai kes kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan dengan mengambil beberapa keterangan dari keluarga dan rakan-rakannya.

“Siasatan ini juga merangkumi pemeriksaan terhadap dua buah kereta yang ditemui semalam termasuk cap jari yang terdapat pada kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Semalam, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Sosilawati, 44, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan bekerjasama dengan IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman dalam menyelesaikan kes itu.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Kempen Balik Kampung Dengan Selamat bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di sini, beliau berkata keseluruhan kontinjen bersiap sedia membantu IPK Kuala Lumpur jika telah menemui sebarang petunjuk baru daam kes itu. – BERNAMA

Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in Nash, berita hangat, berita panas and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

One Comment

  1. Susu getah says:

    Dgr cte la drp kwn2.. Betul ke tak tau la. Ada dua mayat dibakar & dicampak ke laut morib. Dipercayai mangsa. Dua lelaki india juga disyaki. Wallahuaklam.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • Pelawat Hangat

  • Links Hangat

  • Meta

  • Tags

  • Categories