Perkahwinan Annahita Bakavoli kahwin dengan Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad memang sudah diketahui ramai.
Hanya dgn sekali lafaz, pelakon dan model, Annahita Bakavoli, 28 sah menjadi isteri kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, 44. Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai 2010. Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh jurunikah Kawasan Shah Alam, Khairudin Hayon, manakala bapa Annahita, Mehdi Bakavoli bertindak sebagai wali.
Siapa tak kenal Aida (Gadis melayu) yang cun melecun tu?Sekarang dah jadi bini orang ye tuan-tuan.Siapa lagi kalau bukan pembaca berita kacak, si Saiful.Ni ada sikit gambar kahwin diorang ni.Meriah beb!
Incoming search terms:
Hai, bertuahnya badan, abang Aziz M Osman kita sorang ni.Kahwin lagi la nampaknya Ye.Dah berapa kali kahwin daa..harap berkekalan la ye Abang Aziz.
Berita penuh dari Utusan:
Pengarah terkenal, Aziz M. Osman, 48, selamat ditunangkan dengan pasangannya, Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Taman Legenda Mas, Cheras hari ini.
Anak kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani itu menjadi pilihan Aziz selepas pengarah terkenal itu gagal mempertahankan tiga mahligai perkahwinannya sebelum ini.
Pada majlis tersebut, ibu Aziz iaitu seniwati Afida Es telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Sarbainun yang juga mesra dengan panggilan Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Enggan mendedahkan jumlah wang hantaran serta butiran pernikahan, pasangan tersebut memberitahu mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun nanti.
“Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.
“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,” kata Aziz ketika ditemui selepas majlis pertunangannya. – Utusan
Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, (kanan) merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang ahli parlimen dari Sabah baru-baru ini.
Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.
Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui SMS bahawa beliau
sibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat hari ini.
“Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha,” katanya dalam satu lagi SMS kepada media.
Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya.
Selain media, ramai ahli parlimen turut tercari-cari Bung Moktar (kiri) untuk mengesahkan perkara itu.
Rakan karib beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang komen manakala Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) pula berkata, perkara itu soal peribadi dan beliau tidak tahu mengenainya.
Bung Moktar telah berkahwin dan mempunyai empat anak.




















.gif)
