Akhirnya Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki 2010 dengan membenam Indonesia setelah bertungkus lumus.Walaupun tewas 2-1 kepada Indonesia namun Malaysia yang telah menang pada perlawanan akhir pertama 3-0 melayakkan Malaysia menjadi juara buat pertama kalinya.

Penghormatan diberikan kepada Safee Sali selaku penjaring tertinggi.Begitu juga patut dipuji semnagat dan fokus Khairul Fahmi Che Mat yang banyak menidakkan cubaan Indonesia menjaringkan gol.Dapat dilihat Satu kepuasan terpapar pada setiap wajah pemain muda Malaysia malam ini.Kemenangan ke atas Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta amat membanggakan.Tahniah Malaysia!
Kepada mereka yang suka memikat dan ada niat untuk berbuat tidak baik kepada isteri orang, bersiap sedialah untuk dibicarakan!Ini merupakan undang-undang Malaysia dan bukannya amaran dari penulis!Mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, memikat isteri orang dengan niat untuk bersenggama adalah salah di sisi undang-undang.
Seksyen 498 Kanun Keseksaan menyebut:
Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
So, sapa-sapa yang isterinya diganggu orang, inilah masanya..report saja beb, bawak masuk mahkamah.Kalau orang yang terlibat tu kaya, saman je juta-juta biar jatuh muflis! Amacam, ok tak cadangan penulis?!
Incoming search terms:
Apa perasaan anda dengan menangnya Malaysia 2-0 ke atas vietnam di Piala Suzuki AFF 2010?Bangga?Terkejut atau pun tak kisah?Macam-macam pendapat orang kita dengar dan baca.Apa pun tahniah kepada skuad bola sepak malaysia.Pesan saya, jagan percaya sangat baju kaler biru tu bawa tuah untuk menang.Sesungguhnya Allah jua penentu segala.


Incoming search terms:
Dulu ramai orang yang mempertikaikan phd si Fazley ni.Ada khabar angin mengatakan dia ambil ijazah phd dengan beli la ape la.Macam-macam lah khabar angin.Tapi bila dah keluar di media dan internet barulah terjawab.
Fazley pula akan beri jawapan nanti bila semua dah settle.Dia pun dah confirm letak jawatan sebagai pengarah di IFC sebabkan university wales tangguhkan perjanjian mereka dengan IFC.Nak cerita lanjut boleh tengok lawat sini.
Jutawan kosmetik, Sosilawati yang hilang beberapa hari lepas menjadi misteri kepada ramai pihak.Sosilawati yang juga bekas isteri kepada Nash itu hilang tanpa kesan selepas di percayai keluar atas urusan perniagaan.Rentetan dari post yang lepas, kes kehilangan sosilawati telah terjawab.
Update terbaru dari media, Sosilawati dan mereka yang hilang dipercayai dibunuh sebelum dibakar.Abu mayat mereka kemudiannya dibuang di pantai Morib.Satu kejadian yang tidak berperikemanusiaan.Untuk cerita hangat lagi terkini, ikuti di hangat bangat.

Selain itu. ada juga update lain dari internet.
Update 1 : Ada 2 versi cerita. Satu jumpa dibakar kat ladang kelapa sawit. Satu lagi jumpa kena buang kat laut Morib. Tak tau mana satu yang betul lagi. Nantikan.
Update 2: 6 orang suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
Update 3: Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
Update 4: Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
So untuk yang betul kita nantikan saja.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Sabtu Osman berkata masih belum ada perkembangan terbaru mengenai kes kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
“Polis sedang giat menjalankan siasatan dengan mengambil beberapa keterangan dari keluarga dan rakan-rakannya.
“Siasatan ini juga merangkumi pemeriksaan terhadap dua buah kereta yang ditemui semalam termasuk cap jari yang terdapat pada kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Semalam, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.
Sosilawati, 44, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan bekerjasama dengan IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman dalam menyelesaikan kes itu.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Kempen Balik Kampung Dengan Selamat bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di sini, beliau berkata keseluruhan kontinjen bersiap sedia membantu IPK Kuala Lumpur jika telah menemui sebarang petunjuk baru daam kes itu. – BERNAMA
Shahir dinobatkan juara AF8.Sure ramai awek di luar sana melompat-lompat di luar sana dengan kemenangan Shahir ni.Makin ramai la peminat Shahir sebabnya dia dah ada kereta baru dan duit poket RM200K tuh.Belanja pun sodap ye Shahir..

Begitulah keputusan undian penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei. Yang akhirnya menjadi pilihan mereka untuk bergelar juara musim kelapan Akademi Fantasia adalah anak muda kelahiran Kampar, Perak yang bernama Ahmad Shahir bin Zawawi. Bagi yang mengikuti perkembangan AF8 sejak konsert ke-9 minggu lepas, sudah pasti kemenangan Shahir sesuatu yang dijangkakan, apabila melihatkan pada pendapat majoriti peminat AF. Bila diimbas kembali perjalanan Shahir sepanjang 10 minggu berlangsungnya pertandingan ini, sesuai rasanya jika digelarkannya sebagai ‘comeback kid’.
Meskipun dirasai panel juri tetap sebagai mempunyai pakej untuk melangkah ke malam kemuncak AF, namun gara-gara undian yang tidak mencukupi, Shahir telah tersingkir dari pertandingan pada minggu ketujuh. Namun, anak muda berusia 22 tahun ini mendapat talian hayat keduanya melalui AF Masuk. Dan nampaknya, Shahir tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.
Walaupun persembahan pertamanya pada malam ini kurang menyerlah – memetik komen Adlin Aman Ramlie, mungkin disebabkan lagu barunya, “Kebahagiaan Dalam Perpisahan” yang terasa lama – tetapi lagu keduanya, “Biru Mata Hitamku”, nyanyian asal Wings, berjaya menonjolkan dirinya.
Berjaya memberi nafas baru kepada lagu klasik Wings tersebut, Shahir pada ketika itu, berjaya mengenepikan dengan mudah pesaing-pesaingnya yang lain, iaitu Adira, Daus, Maulana dan Iwan. Shahir yang gagal mengawal emosinya sebaik saja diumumkan sebagai juara AF8, membawa pulang, antara lain, wang tunai berjumlah RM200,000, sebuah kereta Peugeot 207 dan sebuah telefon bimbit LG Prada.
Gelaran naib juara jatuh kepada Adira atau nama penuhnya, Siti Adira bt Suhaimi. Anak kelahiran Sabah yang berusia 19 tahun ini membawa pulang wang tunai RM100,000 di samping hadiah lain. Tempat ketiga dengan wang hadiah sebanyak RM25,000 dimenangi Daus (Muhd Shahril Firdaus bin Eli) sementara Maulana (Muhd Firdaus Maulana Mohamed) dan Iwan (Emirza Awan Zulazrin Chew), masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima. -Gua
Source: Final AF8
Berikut merupakan 8 benda yg difatwakan HARAM.Sila baca dengan teliti.
— Jubin berwarna hijau mempunyai corak jelas
menunjukkan kalimah Allah…
— Kain ela bercorak bunga batik yang mempunyai
corak daripada ayat 37 Surah al-Rahman.
— Pakaian kanak-kanak yang mempunyai kalimah
`Allah` dan `Akbar`
— Selipar jenama maybach dan bowling yang di
tapaknya mempunyai kalimah `Allah` daripada
jenis tulisan khat kufi.
— Baju batik yang mempunyai kalimah `Allah`
walaupun tidak jelas.
— Sejadah yang mempunyai tanda salib dan
apabila disujud betul-betul di atas dahi.
— Naskhah Al-Quran sederhana kecil berwarna
hijau dan merah terbitan Biron cetakan tersalah
cetak surah al-Imran pada muka surah 63 ayat
148 terus ke surah yang sama ayat 174 dan
tidak mempunyai pengesahan daripada
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
***kepada yang telah membaca tolonglah sampai-
sampaikan kepada yang dikenali dan sesiapa saja
demi menjaga kesucian Islam……..sekian
Berita terkini dari Indonesia:Gus Dur atau nama beliau Abdurrahman Wahid telah meninggal dunia.Berakhirnya riwayat seorang lagi Presiden Indonesia.
Abdurrahman Wahid,Bekas Presiden Indonesia,
telah meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima
rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.
Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan
Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan
Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.
“Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima
beliau meninggal pada pukul 6.45 petang,” kata Gus Sholah dipetik
detikcom
Itulah realitinya.Remy dah pun kena belasah dengan orang.Kononya Ummi Nazeera kekasihnya yang upah orang pukul?Kenapa ye?Apa pun, adala tu cerita disebalik pergaduhan antara Ummi Nazeera dan Remy ni.Apa la nak jadi zaman sekarang ni, kekasih pun boleh belasah kekasih.
Kita tengok je nanti siapa yang benar dan siapa yang salah nanti.Apa pun isu gaduh antara mereka berdua ni dah jadi perhatian media.Kecoh Remy Ishak kena pukul.Tunggu je la ek cerita sebenar.









.gif)
