RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah..rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan iNi dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

Posted in 3gp melayu, Hangat Bangat, lelaki | Tagged , , | Leave a comment

Cara Budak DTK bagi nasihat

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Hiasi interface wajah dgn menundukkan pandangan,

jaga monitor pancaindera dgn perkakasan keimanan,

defrage ketulan hati dgn asuhan alquran dan zikrullah,

scandisk amalan dgn uswatun hasanah,

clean up partition dosa2 lama dgn taqarrub pdNYA,

scan virus hasutan iblis laknatullah dgn benteng iman dan keyakinan pdNYA,

refreshla kecintaan hakiki pdNYA dgn segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,

copy,cut dan paste akhlak mulia sahabat beriman.

Restart la kehidupan sementara yg seakan2 temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies2 kejahatan dan noda dan clear history lama dalam recycle bin dunia
Ayuh..restartla atau ctrl + alt + delete segala kegelapan jalan yang dilalui..

gantikan dgn sinar baru dgn restart dan letakkan password admin iman sebagai benteng menghalang syaitan,iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
Segeralah..sbelum hayat hidup kita di shutdown terus oleh ALLAH tanpa amaran atau tanda”..

Posted in Nasihat | Tagged , , , , | Leave a comment

Gambar 3gp budak sekolah terlampau?

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Akhir-akhir ni memang sangat banyak carian dan juga website yang berunsurkan lucah berleluasa.Aku pun pelik mana datangnya video-video 3gp melayu boleh, budak sekolah la, mat rempit la itu la ini la.Macam-macam version ada tuh!Adoi!!Kalau anda search kat google tu dengan keyword:Gambar 3gp budak sekolah terlampau, macam-macam blog dan website pelik anda akan jumpa.

Blog hangat bangat ni nama saja camtu, tapi tiada sebarang Gambar 3gp budak sekolah terlampau yang dishare dan untuk didownload kan di sini k.Aku just nak test power tengok keyword Gambar 3gp budak sekolah terlampau dan video 3gp budak sekolah terlampau yang sememangnye high traffic keyword sejak dulu lagi!

Posted in 3gp melayu, artis diraba, artis hangat, artis seksi, cerita hangat, gambar lucah, hamba seks, rakam 3gp | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012 dibuka pada 1hb September hingga 15hb Oktober 2011.

Untuk membuat permohonan secara online ke sekolah asrama penuh (SBP ) – klik > Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 Sekolah Asrama Penuh Tahun 2012

NOTA PENTING:

1. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan sebanyak DUA (2) salinan.
2. Salinan pertama dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
3. Salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.
4. Setiap cetakan borang permohonan mestilah ditandatangani oleh pemohon dan disahkan oleh Guru Besar

Lain² link yang berkaitan :

* Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012
* Permohonan ke Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012

Posted in Kementerian Pelajaran | Tagged , , , , | Leave a comment

Misteri Lebuhraya Karak

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..
Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4.Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Usaha mengangkat

Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

(sumber dari kosmo!)

Posted in Misteri | Tagged , , , , | Leave a comment

Gambar Erin Malek Tindik lidah dan bertatoo

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Erin Malek merupakan seorang pelakon kanak-kanak yang comel waktu itu, yang pernah membintangi filem Tentang Bulan. Namun tahukah anda selepas menonton TV9, Galaksi episod minggu lepas mengenai dirinya yang dah dewasa? Cukup besar perubahan yang dilakukan oleh dirinya. Menjadi seorang yang lebih dan ‘terlalu matang’ dalam makna yang halusnya. Hehe.

“Mana ada orang buat buat tatoo tak bagi orang nampak. Saya buat tatoo mesti nak bagi orang tengok. Kalau buat tatoo tak bagi orang nampak buat apa buat tatoo.” -Erin Malek, Galaksi TV9

Dalam rancangan itu, Erin mengakui dirinya menindik lidah dan juga bertatoo (tidak dinyatakan dibahagian mana). Namun dengan nada sinisnya, dia cukup berbangga memiliki tatoo. Wow. Admin tak tahu nak kate apa dah. Lebih baik korang jangan ikut-ikut, sebab ini akan merugikan diri anda sendiri dalam kubur, tak dapat dibayangkan, Nauzubillah. Mana peranan orang tua di sini? fikir-fikirkan bersama di hari Jumaat penghulu segala hari.

Posted in adengan panas, artis clubbing, artis hangat, artis seksi, artis sosial, isu hangat | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Justin Bieber Way

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Siapa tak kenal Justin Bieber? Kalau setengah orang yang jengkel dengan mamat ni akan panggil dengan nama Justin Bebek atau pun Justin Bibir pun ade.hehe.Anyway percaya atau tak di bandar Texas, seorang remaja telah menamakan sebuah nama jalan kepada nama Justin Bieber Way.Mak, biar betul sampai macam tu sekali.

Semuanya berlaku apabila seorang gadis remaja bernama Gonzales telah terpilih sebagai Datuk Bandar selama satu hari sempena acara Bandar tersebut.No wonder lah boleh tukar nama jalan suka hati mak bapak die jer. Best partnya, baru 2 hari sign board nama jalan dinaikkan, ada makhluk pergi curi pula sign board tersebut.Kecoh tak ingat semua orang dan jadi headlines most of the news.

PHOTO: Texas, 'mayor for a day' Caroline Gonzalez, age 11, of Forney, poses at the temporary sign she had posted on Aug. 16, 2011 to make part of Main Street "Justin Bieber Way" for the day she 'held' office.

Anyway, Malaysia kan ramai fans si Justin nie. Ada mana-mana jalan yang nak ditukarkan nama? Kalau tukar nama negeri pun ok jugak.Baru gempak!

Posted in Berita, berita hangat, berita panas | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Saya Menyokong Keputusan S.S Mufti Pulau Pinang

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya. Source: Dr Maza

Posted in Islamik, islam, isu hangat | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 1 Comment

Isu Gereja & JAIS : Bukti & Dokumen Di Buang Dalam Tong Sampah!

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Sinar Harian berhubung isu tindakan JAIS amik tindakan pada Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru nie. Secara peribadi aku setuju 100% dengan tindakan JAIS & Dr. Hassan Ali.
Persoalan sekarang nie adalah kalau takder apa-apa muslihat dalam majlis tu kenapa ada bukti dan beberapa dokumen dibuang dalam tong sampah lak. Kenapa yer perlu ditongsampahkan???? Bagi aku mudah jer pasti ada agenda tersembunyi.

Dah ler yang hadir dalam majlis tu adalah umat Islam. Jadi soal akidah perlu dititikberatkan. Nampaknyer sekarang isu nie makin dipolitikkan secara meluas. Adoiiiii isu akidah umat Islam pun nak dipolitikkan ker. Kemon ler wehhhhh nie soal akidah beb. Tak payah ler nak politikkan pulak. Sekarang nie ramai orang awam dan NGO Islam seluruh Selangor dan Malaysia menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS, POLIS dan Dr. Hassan Ali.

Korang baca ler petikan kat bawah nie untuk makluman lanjut. Harap kita sama-sama berdoa semoga individu Islam yang hadir tu dikuatkan Iman dan menerima hidayah dari Allah.

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.

Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.

Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?

Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.

Masjid dan surau pantaulah benda ini.

Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.

Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.

Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI

Posted in Isuhangat, berita hangat, berita panas, islam, isu hangat | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Bonus Kakitangan Kerajaan dan peneroka Felda

Share on TwitterShare on TumblrSubmit to StumbleUponSave on DeliciousDigg ThisSubmit to redditShare on MyspaceShare via email

Seramai 112,635 warga peneroka Felda dapat duit raya RM42.6 juta. 89.1 peratus menerima RM400 seorang dan baki 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM200 seorang.

Ini adalah tradisi pemberian duit raya sejak 2003 .

Pertengahan bulan ini , kakitangan kerajaan juga akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 . Pesara kerajaan juga menerima bayaran khas sebanyak RM500.

Lebih 3 juta pemerima duit raya akan tidur lena malam ini. Yang kelat yang ketat adalah kami rakyat berjuta² yang lain. Bukan kelat cemburukan rezeki orang tetapi kelat memikirkan yang keluar lebih dari yang masuk …hiks!

Apa pun tanggapan dan andaian orang mengenai pemberian bonus tersebut saya tumpang gembira. Apa pun kaedah pemberiannya, tanpa izi Allah tidak akan berlaku. Bersyukur dan uruslah kehidupan memasing mohon keberkatan dariNya.

Related Posts with Thumbnails
Posted in berita hangat, berita panas | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment
  • Pelawat Hangat

  • Links Hangat

  • Meta

  • Tags

  • Categories